Tuesday 30 June 2015

Khasiat Air Nabeez

Pernah dengar tak air Nabeez? Apa itu air Nabeez? Ada yang kata air ni boleh dijadikan milkbooster.

Saya kongsikan apa itu air Nabeez dan cara menyediakannya.

Apa itu Air Nabeez?

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber - mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium - penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah



Khasiat Air Nabeez

Air nabeez ni  adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja. Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau takde kurma ajwa, sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu² masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez ni kalau disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily.

Air nabeez ni nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Resepi Tomyam Sedap

Apa khabar semua.. Lamanya saya menyepi dari meng update blog ni. Dah bersawang-sawang. Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog Natural Vitamin Shoppe :)

Bulan puasa ni mesti ramai golongan wanita, ibu² mencari resepi untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Begitu juga saya. Kadang² sampai blurr nak masak apa. Nak beli di bazar ramadhan, memang payah sikit la sebab saya ni agak cerewet pasal makanan. Letih macam mana pun, saya tetap akan masak walaupun sekadar telur dadar.

Act entry kali ni saya nak kongsikan cara membuat Tomyam Sedap.. hehhe confident je sedap ye. Tapi memang sedap pun kuuuii.. kuuiii.. kuiiii

Jom saya kongsikan !

Bahan-bahan :

Ayam
6 biji tomato
4 biji bawang besar
1 biji carrot
Bunga Kobis
Kobis
Cendawan Jepun
4 helai daun limau purut
5 biji cili api
3 batang serai
3 biji limau nipis
2 kiub tomyam Knorr
1 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Kisarkan 2 biji tomato, 2 biji bawang besar, 1 sudu besar cili kering kisar, 2 kiub tomyam Knorr dan air.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan tadi. Tumis sehingga naik minyak dan bau.
3. Masukkan air. Anggaran air bergantung berapa banyak kuah yang kita mahukan.
4. Masukkan serai yang dah dititik, daun limau purut dan bawang besar.
5. Agak² dah mendidih, masukkan ayam dan carrot.
6. Kemudian masukkan kobis, bunga kobis dan tomato.
7. Biarkan mendidih sehingga ayam dan sayur masak.
8. Masukkan perahan limau purut.
9. Masukkan garam dan gula ikut anggaran kita.
10. Akhir sekali masukkan cendawan jepun.

Taraaa...




Siap ! Mudahkan..


Cuba laa.. memang sedap. Rasa ala² tomyam thai. Yang ni dah tentu kita tak ragu kehalalan perencah tomyam yang kita gunakan sebab buatan Malaysia hehe...

Selamat mencuba !

Sharing is Caring