Thursday 15 October 2015

Promosi Shaklee Oktober 2015 : Vitamin E

Hai semua.. belum terlambat lagi saya nak kongsikan salah satu promosi bulan Oktober Shaklee. Vitamin ni sering digelar "Vitamin Cinta, Vitamin Kasih Sayang" hehe... Agak² vitamin apa ye? Pengguna tetap Shaklee mesti dah dapat teka vitamin apa kan ? Jawapannya, Vitamin E :)



Bagi bulan Oktober, Shaklee berbesar hati menawarkan dengan pembelian 2 botol Vitamin E, anda akan mendapat potongan harga 50% atau dengan mudahnya beli 1 botol, PERCUMA 1 botol. Ini adalah pertama kali Shaklee mengadakan promosi sebegini. Sangat menguntungkan. 1 botol vitamin E mengandungi 120 biji. Sebotol boleh digunakan 4 bulan. Jadi dengan pembelian promosi ini, 2 botol boleh digunakan sehingga 8 bulan dengan bayaran harga untuk 1 botol vitamin E sahaja. Untung berganda kan ?

Jadi, jangan berlengah lagi untuk dapatkan promosi ini !


Ingin dapatkan Vitamin E dengan harga promosi ? Hubungi saya segera !

Facebook : Zatul Immah
Facebook Page : Vitamin Atas Rak
No.telefon : 011-12464564
Email : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar

Monday 24 August 2015

Cucian Mudah Dengan Basic H Shaklee

Alkisahnya hari ni ramai pulak yang bertanyakan tentang pencuci ajaib Shaklee ni.. Apa tu ? hihi.. Basic H Shaklee la. Sebelum ni ramai yang tak tahu fungsi Basic H ni. Bila dah tau, semua pakat borong sebab dah tau pencuci ajaib ni memang super power !! hehe

Ada yang wassap saya.. "sis.. banyaknye fungsi basic H Shaklee tu. Meh saya nak order 3 botol. Untuk pakai sendiri, untuk mak dan mak mertua hehe..". Bagusnya memudahkan kerja mak dan mak mertua.

Memang Basic H Shaklee ni banyak kegunaannya dan membantu memudahkan kerja seharian. Meh saya kongsikan fungsi Basic H ini.

FUNGSI BASIC H SHAKLEE





Banyak tak fungsinya ? Sebenarnya banyak lagi fungsi yang tiada dalam gambar ni. Saya sendiri pengguna Basic H. Kebanyakan kerja-kerja membersih di rumah, saya lebih menggunakan Basic H Shaklee kerana memudahkan kerja saya dan paling penting menjimatkan masa saya ! Contohnya mengemop lantai. Saya hanya gunakan 3 titis Basic H Shaklee yang dicampurkan di dalam sebaldi air dan boleh mengemop tanpa perlu di bilas dengan air. Lantai berkilat dan tidak melekit.

Guna 3 titis je ?? Ye.. 3 titis tu pun dah banyak buih dan memadai dengan sebaldi air. Ni salah satu sebab juga kenapa rama sukakan Basic H sebab sebotol boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 bulan. Memang jimat sangat !

Saya kongsikan pula cara penggunaan Basic H untuk kerja-kerja seharian di rumah.

CARA PENGGUNAAN BASIC H SHAKLEE




TESTIMONIAL BASIC H SHAKLEE













Anda ingin dapat Basic H Shaklee ini ? Hubungi saya segera !

Facebook : Zatul Immah
FB Page : Vitamin Atas Rak
No.Telefon : +6011-12464564
Email : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai dan Parit Buntar
gin dapatkan suplemen Shaklee ini ? Hubungi kami segera ! Facebook : Zatul Immah FB Page : Vitamin Atas Rak No.Telefon : +6011-12464564 Email : adamshaklee@gmail.com COD Area : Bagan Serai & Parit Buntar

Play for free and WIN : http://trkur5.com/125629/21107

Rezeki Bukan Hanya Pada Duit

Istilah rezeki bukan pada harta kekayaan atau pun pangkat, tapi bagaimana kita menjalani kehidupan seharian atas dunia yang sementara ini.


Tak semua memperolehi rezeki dalam erti kata sebenar.. bersyukur la kita dengan rezeki yang kita kecapi sekarang ini :)

Tuesday 18 August 2015

Petua Hilangkan Demam, Batuk, Selsema Dengan Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blog Natural Vitamin Shoppe :) Apa khabar anda semua.. mungkin ada yang kurang sihat kan. Apa yang saya perhatikan, since bulan Syawal lalu cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Pergi mana-mana, mesti ada yang demam, batu dan selsema. Tiga penyakit yang sinonim apabila cuaca tidak menentu. Klinik pun penuh dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.

Ada tak di kalangan pembaca yang sedang demam, batuk dan selsema? Masih berlarutan sehinggakan dah tak tahu nak makan ubat apa.

Demam, batuk dan selsema ini adalah jangkitan virus. Ianya mudah dijangkiti sekiranya antibodi atau imuniti seseorang itu lemah.

Bagaimana anda atasi virus ini selain dari pengambilan ubat-ubatan ?

Pertama kali, apa yang perlu anda lakukan adalah minum air masak (3 liter) sehari dan rehat yang secukupnya.

Kemudian, pengambilan suplemen secara konsisten. Jangan bila sakit je baru nak consume suplemen. Suplemen ni bukan ubat tau. So, sebaiknya adalah consume setiap hari untuk meningkatkan tahap imunisasi badan kita.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu ? Jom saya kongsikan.

Nutriferon


  • Melindungi dari Influenza dan selsema
  • Membantu menyeimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema, alergi, inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai di amalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongandan berada di luar negara
  • Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-Cells, B-Cells & Makrofag.
  • Sesuai untuk yang kerap demam, batuk dan selsema yang lebih dari seminggu

Vitamin C


  • Melindung set-sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selsema serta meningkatkan imuniti badan
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema, tekak perit semasa batuk dan mengurangkan gejala-gejala alergi yang lain


Anda ingin dapatkan suplemen Shaklee ini ? Hubungi kami segera !
Facebook : Zatul Immah
FB Page : Vitamin Atas Rak
No.Telefon : +6011-12464564
Email : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai & Parit Buntar


Tuesday 4 August 2015

Syawal 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua pembaca Natural Vitamin Shoppe. Bulan Syawal 30 hari.. tak terlewat rasanya entry ni kan hihi..

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya kedua-dua belah family. 1st raya di kampung saya di Parit, Perak. 3rd raya di Petaling Jaya sebelah suami pula. Tahun ni juga kami beraya berempat. Syukur dengan kehadiran si bijak Adeeba Zahra melengkapkan lebaran kami tahun ini :) Adeeba Zahra ni baby Shaklee tau hehe...

Gambar kat atas tu je paling elok antara gambar² raya kami.. baru tahu bila dah berempat ni bukan mudah nak bergambar molek² hehe... macam² aksi ada. Tu pun jenuh kepong nak amik gambar hehe...

Ok, nanti update lagi.. bai !!

Sunday 12 July 2015

Shaklee YES Wellness Pack - Healthy Fitness




Produk dalam set ini :
11007 - Herblax
10131 - Vitalea
10163 - Lecithin
11008 - Cinch Energy Tea
11010/11011/11012 - Cinch Shake Mix (2 canister) *
*Sila pilih perisa anda

Diskaun 5% daripada "Harga Distributor"

Promosi ini berlangsung dari May 2015 - Oktober 2015


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan ? Hubungi kami sekarang ! 
Facebook : Zatul Immah 
No.Tel : 011-12464564 
Emel : adamshaklee@gmail.com 
COD Area : Bagan Serai dan Parit Buntar

**Daftar sebagai ahli Shaklee untuk potongan harga 15% - 20%

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Wednesday 8 July 2015

5 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

Ada tak pembaca di sini yang berazam nak kurus ? Tapi azam tu sekerat jalan je.. payah nak konsisten dengan tips-tips diet yang pelbagai.. malas nak bersenam atau terlalu sibuk sangat dengan rutin harian. Say goodbye jela macam tu hihi..

Disini saya kongsikan 5 tips turunkan berat badan dengan cepat.


1. Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Amalkan pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kuantiti banyak dalam setiap hidangan. Makan sayur-sayuran berwarna hijau seperti sawi dan kailan bersama batang sayur seelok-eloknya setiap hari. Namun jangan pula mengabaikan sayur-sayuran berwarna kerana setiap sayur-sayuran ada khasiatnya tersendiri.

2. Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari

Air adalah komponen utama yang terkandung dalam tubuh manusia. Jumlah pengambilan air kosong yang disarankan sebanyak 8 gelas sehari. Minum satu hingga dua gelas air semasa waktu makan. Kerap minum air suam walaupun tidak dahaga. Ambil sekurang-kurangnya dua gelas tambahan apabila melakukan aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang hilang semasa berpeluh seperti melakukan aktiviti bersenam.

3. Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat)

Elakkan minuman manis seperti air berkarbonat, sirap atau kordial dan lebihkan pengambilan air kosong. Hadkan gula, susu pekat manis atau krimer manis kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan. Elak menambah gula dalam masakan.

4. Kerap Minum Air Limau

Minum air limau setiap hari boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman. Ianya juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadamkan lemak degil.

5. Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian

Makan sekurang-kurangnya seekor ikan setiap hari. Kurangkan pengambilan udang, ketam dan kerang. Makan daging, ayam dan telur secara sederhana. Masak daging atau ayam menggunakan kaedah masakan yang kurang berlemak seperti membakar, mengukus, merebus atau memanggang.

Selain daripada tips-tips di atas, suka untuk saya mengesyorkan pengambilan makanan tambahan untuk membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit dan untuk pembinaan sel-sel badan serta tumbesaran yang sempurna.

Set Kurus Shaklee




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan ? Hubungi kami sekarang !
Facebook : Zatul Immah
FB Page : Vitamin Atas Rak
No.Tel : 011-12464564
Emel : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai dan Parit Buntar

Tuesday 7 July 2015

Promosi Shaklee Julai 2015

Salam semua...

Belum terlambat rasanya saya nak war-warkan promosi Shaklee bulan ni kan... Hari ni baru 7hb Julai. So ada 23 hari lagi untuk anda rebut promosi bulan ni yang super gempak !

Jom tengok Shaklee bagi promosi apa..



See... Promosi Vivix, B-Complex dan Vitalea for Children uols !! Semuanya hot item... 

So, cepat² grab... Rugi tau kalau tak beli masa promosi ni. Bukan senang nak dapat percuma sebotol Vivix yang bernilai RM503.50 tu tau. Kalau beli 2 botol Vivix, tetap juga dapat diskaun 5% yang bernilai RM50.35. Untung sangatkan.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan promosi Julai ini, hubungi saya seperti berikut. Konsultasi percuma diberikan.




atau

 


Tuesday 30 June 2015

Khasiat Air Nabeez

Pernah dengar tak air Nabeez? Apa itu air Nabeez? Ada yang kata air ni boleh dijadikan milkbooster.

Saya kongsikan apa itu air Nabeez dan cara menyediakannya.

Apa itu Air Nabeez?

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber - mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium - penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah



Khasiat Air Nabeez

Air nabeez ni  adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja. Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau takde kurma ajwa, sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez hanya gunakan salah satu daripada buah-buahan pada satu² masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez ni kalau disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily.

Air nabeez ni nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Resepi Tomyam Sedap

Apa khabar semua.. Lamanya saya menyepi dari meng update blog ni. Dah bersawang-sawang. Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog Natural Vitamin Shoppe :)

Bulan puasa ni mesti ramai golongan wanita, ibu² mencari resepi untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Begitu juga saya. Kadang² sampai blurr nak masak apa. Nak beli di bazar ramadhan, memang payah sikit la sebab saya ni agak cerewet pasal makanan. Letih macam mana pun, saya tetap akan masak walaupun sekadar telur dadar.

Act entry kali ni saya nak kongsikan cara membuat Tomyam Sedap.. hehhe confident je sedap ye. Tapi memang sedap pun kuuuii.. kuuiii.. kuiiii

Jom saya kongsikan !

Bahan-bahan :

Ayam
6 biji tomato
4 biji bawang besar
1 biji carrot
Bunga Kobis
Kobis
Cendawan Jepun
4 helai daun limau purut
5 biji cili api
3 batang serai
3 biji limau nipis
2 kiub tomyam Knorr
1 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Kisarkan 2 biji tomato, 2 biji bawang besar, 1 sudu besar cili kering kisar, 2 kiub tomyam Knorr dan air.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan tadi. Tumis sehingga naik minyak dan bau.
3. Masukkan air. Anggaran air bergantung berapa banyak kuah yang kita mahukan.
4. Masukkan serai yang dah dititik, daun limau purut dan bawang besar.
5. Agak² dah mendidih, masukkan ayam dan carrot.
6. Kemudian masukkan kobis, bunga kobis dan tomato.
7. Biarkan mendidih sehingga ayam dan sayur masak.
8. Masukkan perahan limau purut.
9. Masukkan garam dan gula ikut anggaran kita.
10. Akhir sekali masukkan cendawan jepun.

Taraaa...




Siap ! Mudahkan..


Cuba laa.. memang sedap. Rasa ala² tomyam thai. Yang ni dah tentu kita tak ragu kehalalan perencah tomyam yang kita gunakan sebab buatan Malaysia hehe...

Selamat mencuba !

Wednesday 4 March 2015

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Agar Suami Senyum Selalu

Ok, entry kali ini saya nak bercerita tentang topik yang sangat penting bagi kaum wanita iaitu kitaran haid. Rasanya ramai golongan di luar sana yang menghadapi masalah kitaran haid yang tidak tetap. Tidak tetap itu bermaksud, waktu datang haid yang tidak menentu setiap bulan. Contohnya bulan ni period kemudian tak datang dah berbulan-bulan. Ada yang setahun tak datang bulan. Bagi ibu yang menyusukan, perkara tu normal. Tapi bagi wanita lain, perkara sebegini tidak boleh di ambil ringan. Bayangkan setahun tak datang bulan, dah tentunya emosi tak stabil. Yang jadi mangsa dah tentunya suami yang pening nak layan emosi si isteri yang up and down. Selain itu juga, ianya turut mengganggu hubungan suami isteri kerana sukar untuk mengatur waktu terbaik untuk bersama.

Pentingnya kitaran haid yang teratur dan lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Bagi wanita yang berkahwin, kitaran haid yang stabil menjadi penunjuk utama untuk merancang kehamilan.

Jadi bagaimana nak stabilkan kitaran haid anda ?




Dah tonton video di atas ? Setahun tidak datang period. Bayangkan apa yang beliau rasa. Ya, stress !! Emosi tak stabil, asyik nak marah-marah dan sukar rancang kehamilan.

 

Cara Atasi Haid Tidak Teratur  

 

1. GLA Complex



Fungsi utama Gla Complex membantu mengatur dan mengawal kitaran haid. Selain itu, ianya juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan membantu mengatasi masalah period pain (senggugut).

2. B-Complex



Fungsi utama B-Complex adalah mengawal tekanan. Ianya adalah nutrien anti-stress. Selain itu dapat membina tindakbalas imun, masalah haid dan mencegah kemandulan.

3. Vitamin C


Vitamin C Shaklee berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Stress boleh memusnahkan Vitamin C di dalam badan. Oleh kerana kekurangan Vitamin C, sistem imun badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. 

4. Vitalea 



Vitalea adalah penambah tenaga segera bagi tubuh badan kita. Ianya baik untuk kecerdasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun tugasan seharian.


Sekiranya anda berkongsi masalah seperti Puan Ija ini dan berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut. Konsultasi percuma diberikan.


atau

Saturday 28 February 2015

Cara Mudah Mencegah dan Merawat Demam Denggi


Denggi !! Merata-rata tempat dilaporkan kes demam denggi meningkat dan terus meningkat. Pada minggu ketujuh 2015 sahaja, sejumlah 2,759 kes demam denggi dilaporkan. Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Februari 2015adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bahaya ke demam denggi ni ? Sangat bahaya !

Jadi bagaimana nak cegah denggi dan rawati pesakit denggi ?





Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Kalau di hospital pun, rawatan yang diberikan hanya dengan masukkan air bagi mengelakkan badan dari dehidrasi. Oleh itu, penting untuk kita cegah dan lindungi diri dan keluarga dari nyamuk Aedes.

Cara-Cara Pencegahan

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk, gunakan kelambu semasa tidur.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi - 8.00 pagi dan 5.30 petang - 8.00 malam), terutama di kawasan yang terbabit denggi
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Buang semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutama di dalam besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. 
  • Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan kerana dilaporkan kawasan ini yang banyak ternak Aedes
  • Digalakkan untuk makan makanan yang tinggi nutrisi dan bervitamin 

Nutrisionist Shaklee menyarankan pesakit mengambil 4 jenis suplemen untuk mencegah dan merawat demam denggi, iaitu :

1. Performance Drink


Performance Drink membantu meningkatkan cecair elektrolit di dalam badan dan mencegah badan dari dehidrasi.

Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik bebas karbonat, kurang gula, bebas perasa dan bebas pewarna tiruan
 

2. Sustained Release Vitamin C Plus

 
Fungsi Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ianya juga membantu meningkatkan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus denggi dalam badan untuk mengelakkan simptom semakin teruk.

3. Nutriferon



Pengambilan Nutriferon penting untuk meningkatkan imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.


4. ESP


Fungsi ESP untuk memberi tenaga pada pesakit denggi. Ini kerana semasa pesakit derita demam denggi, banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan.

Oleh itu, ESP membantu untuk menyimpan semula vitamin dan mineral yang baru di ambil untuk kesihatan tubuh. Ini kerana fungsi ESP adalah membaiki sel.


Sama-sama kita cegah denggi. Sayangilah diri dan orang tersayang.

Tiada Aedes, Tiada Denggi !!
 

Sekiranya anda berminat untuk mendapat Set Denggi serta konsultasi percuma, hubungi saya di talian berikut :


atau
 
 



Cara Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Kekal Cantik Macam Che Ta

Chickenpox atau lebih dikenali sebagai cacar air. Kalau di tempat saya panggil "demam pelentung". Ia disebabkan oleh virus Varicella dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku pada orang dewasa. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chickenpox.

Penghidap chickenpox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



Tanda dan Gejala


Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Nak tengok tak kisah Puan Nur Hidayah yang kena chickenpox pada usia dewasa. Serius mengerikan !! Rasa hilang keyakinan bila tengok parut kekal dan berlubang di muka.

Jom tengok !





Haa macam tak percayakan parut kekal teruk tu boleh hilang dalam tempoh sebulan. Mesti ada yang was-was kan. Tapi itulah hakikat yang Puan Nur Hidayah hadapi. Alhamdulillah kulit beliau kembali normal malah bertambah cantik !

So sekiranya anda menghadapi masalah yang sama seperti Puan Nur Hidayah ini, jangan cepat patah semangat. Ada cara untuk hilangkan parut chickenpox supaya kekal cantik macam Che Ta !

Nak cuba hilangkan parut chickenpox ? Boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya).


atau


Thursday 26 February 2015

3 Tips Mudah Atasi Stress Agar Sentiasa Awet Muda

Hidup ini penuh dengan cabaran, dugaan dan masalah. Kalau tak pandai nak tangani memang kita akan stress dan hati rasa tak tenang je. Serba-serbi tak kena.

Stress ni bahaya tau ! Banyak penyakit boleh datang melalui tekanan. Tu sebab kita kena pandai control stress. Kalau asyik stress je, muka cepat nampak tua tau ! hehehe...

So, macam mana anda kawal stress ?


Saya tertarik dengan video dari Puan Lyna Noh ni. Beliau kongsikan tips bagaimana cara hidup lebih gembira dan tenang selalu.

Saya sendiri lihat video ni rasa sangat tenang dan tips Puan Lyna ini sangat membantu untuk hidup bebas dari tekanan dan hidup dengan penuh kesyukuran.



Nampak mudahkan ? Tapi saya sendiri belum dapat ikut setiap tips yang diberikan. Kalau betul-betul follow tips ni, mesti tak stress kan hehe.. muka pun nampak awet muda je hehe..

Jom sama-sama kita amalkan !

Thursday 12 February 2015

Cara Atasi Sembelit Semasa Berpantang Agar Tidak Serik Beranak Lagi

Ramai di kalangan ibu berpantang yang mengadu dengan saya menghadapi masalah sembelit semasa tempoh berpantang. Sembelit dalah masalah biasa semasa hamil dan juga berpantang. kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami masalah sembelit.

Teringat ketika saya melahirkan anak sulung, Adam Haziq. Masa tu saya masih belum mengenali Shaklee. Bersalinkan Adam dengan kaedah Vacuum adalah pengalaman yang mengerikan kerana kesan koyakan yang banyak dan tidak teratur. Kesan koyakan saya ketika itu menghampiri ke bahagian dubur. Bayangkan macam mana fobianya saya untuk melepaskan hajat. Ketika itu saya bergantung kepada ubat melembutkan najis yang doktor beri. Berbeza pula dengan anak kedua, Adeeba Zahra. Bersalin normal tapi tetap kena gunting untuk mempercepatkan kelahiran. Dari awal mengandung sehingga bersalin saya consume Set Kehamilan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee. Hari pertama kelahiran saya dah siap sedia dengan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, saya tiada masalah sembelit sepanjang tempoh berpantang. 

Punca Sembelit

Sembelit diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas bersalin. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang di ambil pada tempoh ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.




Ostematrix adalah di antara suplemen wajib saya. Saya akan ambil 4 biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur.

Bagi yang yang memang mengalami masalah sembelit ketika berpantang atau semasa hamil, ambillah 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk membantu proses pembuangan anda menjadi lebih lancar
selesa.

Selain dari itu juga, ibu berpantang juga boleh mengambil Alfalfa Complex untuk memudahkan pembuangan. Ianya juga adalah milkbooster bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Jom saya kongsikan pengalaman ibu berpantang yang mengalami sembelit teruk semasa tempoh berpantang anak pertama sehingga rasa serik untuk beranak lagi.

Segalanya berubah setelah beliau mengenali dan mengamalkan produk Shaklee.





Sangat mudahkan ! Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Ostematrix dan Alfalfa Complex akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bebas daripada sembelit !

Dapatkan Ostematrix dan Alfalfa Complex untung mengatasi masalah anda sembelit ketika berpantang. InsyaAllah pasti puas hati seperti ibu-ibu lain yang dah merasai keberkesanannya.

Jika anda ibu-ibu berpantang yang mengalami sembelit ketika berpantang dan ingin ikhtiar dengan Ostematrix dan Alfalfa Complex, boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya) : 



atau


Sharing is Caring