Wednesday 15 August 2012

Fakta Vita-Lea

Vitalea




Vita-lea Shaklee merupakan sejenis multivitamin yang diformulasikan dengan zat besi (Iron Formula).
Ringkasnya, sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jika anda hanya makan multivitamin sahaja tanpa vitamin lain, adalah lebih baik jika makan 2 biji Vita-Lea sehari, iaitu sebiji di waktu pagi, dan satu biji lagi di waktu malam.

Siapa yang perlu makan Shaklee Vita-Lea nie?

  • Secara umumnya, untuk semua orang dewasa yang pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.
  • Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
  • Diformulasi dengan Iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah di dalam badan.
  • Ibu mengandung yang selalu kena anemia (Vita-Lea Iron Formula!). Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu untuk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan.
  • Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berungan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pemngambilan Vita-Lea, Insya Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat di kekalkan pada paras yang selamat. Sebab itu kami cadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee.
  • Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk ini di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Credit

Wednesday 1 August 2012

Khasiat Vitamin B Complex


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Kebaikan Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.

 

Khasiat Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Immune Booster

Nutriferon Shaklee dikenali sebagai Immune Booster. Ia adalah rumusan berpaten yang EKSKLUSIF. NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee dan para pengedarnya.

Jom kita kenali Nutriferon dengan lebih dekat!!

Apa itu Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang menciptanya?
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Apakah kandungan Nutriferon?
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Siapa yang perlukan Nutriferon?

Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun.
Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


Bagaimana ia bertindak?

Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Cara pengambilan Nutriferon :
- Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat.
- Satu paket sehari (atau, jika perlu) ketika demam sehingga demam sembuh
 
***Sila makan Nutriferon secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan**
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Sharing is Caring