Tuesday 31 July 2012

Omega Guard



Kebaikan minyak ikan yang kata dengan Omega-3 telah diketahui oleh serata dunia. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh yang bergred farmaseutikal.

KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

1. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta itu mennunjukkan bahawa pengambilan asik-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari. Satu serving Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, Omega-3 dapat membantu memelihara kesihatan otak, mata dan sendi.


2. Ultra Tulen dan Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.


3. Minyak Ikan Terbaik Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitiu EPA, DHA, ALA dan lain2 lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Credit : Vitaminsemulajadi.com 


Monday 30 July 2012

Kekal Bertenaga di Sepanjang Bulan Ramadhan !!

Alhamdulillah hari ni hari kesepuluh kita umat Islam berpuasa. Macam mana dengan puasa saya dan anda-anda semua di luar sana? Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan amal ibadat kita sepanjang bulan mulia ini.

Nak share sikit happy news yang saya dapat semalam... :) Customer saya dari Tanjung Malim baru je beli 2 set Mighty Triple Gem untuk dia sendiri dan mak ayah nya di kampung. Alhamdulillah feedback positif dari mak ayah nya.. "rasa sedap.. badan rasa bertenaga sampai waktu berbuka. Tak rasa haus dan kulit dah tak kering".. seronok rasanya bila customer bagi feedback macam ni. Lebih seronok lagi bila dapat berikan pada orang-orang tersayang kita :)

Macam saya sendiri juga menggunakan Set Mighty Triple Gem ni. Bukan untuk promosikan Shaklee, tapi memang benar.. saya sangat bertenaga sehingga waktu berbuka. Dengan kerja di pejabat, anak kecil yang menyusu badan, tidur sehari 2-3 jam sahaja, kerja rumah, memasak di bulan puasa ni.. semuanya lakukan sendiri. Bayangkan la... Alhamdulillah ESP, PD dan Mealshakes sangat² membantu saya di samping supplement² Shaklee yang lain. Bukan sekadar membantu untuk berpuasa, tetapi memberi kita tenaga dan badan yang cergas untuk melakukan amal ibadat di bulan Ramadan ni.

Pada yang masih tak kenal lagi dengan set ini.. Saya perkenalkan semula. Set ini terdapat 3 jenis minuman kesihatan iaitu Energizing Soy Protein, Performance Drink dan Meal Shakes. 



Energizing Soy Protein
*****************************
♥ Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
***************

♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Performance Drink
************************
♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa. 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Untuk keterangan lanjut dan harga istimewa, hubungi Zatul (011-1246 4564) atau 
Email : adamshaklee@gmail.com atau PM di Facebook Zatul Immah.
Dapatkan konsultasi secara percuma apabila anda membeli produk Shaklee dari saya pada bila-bila masa.

Friday 13 July 2012

Susu Merudum

Susu merudum ?? Ye, saya penah laluinya.. Kita jangan fikir, kita dah ambil supplement susu badan kita sentiasa ada dan banyak. Silap tu... saya makan supplement secara konsisten tapi saya tetap tak lari dari masalah susu merudum. Pernah sekali tu, saya pump hanya dapat 1oz je. Masa tu Tuhan je yang tahu perasaan saya... sedih, risau, takut semua ada. Dok terbayangkan anak je.. saya tak nak dia minum susu formula !!

Apa yang saya buat ??

Saya tengok balik mana yang silap sampaikan susu merudum tiba-tiba. Then improve kan mana yang perlu... Paling utama, saya buat power pumping... memang memenatkan, tp demi nak berikan yang terbaik untuk anak, saya sanggup buat apa sahaja. Saya gandakan minum air masak, lebihkan pengambilan supplement yang sedia ada saya makan.. makan makanan yang berkhasiat dan boleh tambahkan susu macam horlicks, lobak putih dan kurma.. kerapkan pumping.. alhamdulillah susu badan banyak semula. Syukur sangat... 

Supplement bukan syarat untuk banyakkan susu badan.. ianya sekadar makanan tambahan sahaja untuk badan kita agar badan kita sentiasa sihat dan cergas. Kalau badan tak sihat, macam mana nak produce susu kan? Renung-renungkan hehhe...

Saya Perlukan Supplement !!

Kali ni saya ceritakan pengalaman sendiri menggunakan produk Shaklee. Untuk makluman, produk yang saya gunakan adalah Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfalfa, Vitamin E, Ostematrix, Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink (PD) dan Meal Shakes. 

Permulaan makan saya dah dapat rasakan kesannya. Perubahan terhadap kuantiti dan kualiti susu saya. Susu jadi banyak setiap kali pump dan pekat. Rasa seronok dan semangat je setiap kali pumping. Kemudian saya dapat rasakan badan sentiasa bertenaga walaupun sehari dapat tidur 3-4 jam sahaja. Subuh, seawal 4.00 - 4.30 pagi saya dah bangun. Waktu siang, sibuk di pejabat. Petang sibuk dengan anak. Malam bila anak dah tidur, sibuk uruskan kerja rumah. Selesai siapkan semua, baru boleh tidur. Masa tidur pun, bukan boleh lena macam zaman anak dara hehe.. sebab saya menyusukan si bijak Adam Haziq saya sepenuhnya. Tengah tidur ada je alarm yang berbunyi 3 - 4x hehhee... dia bagi isyarat nak charge battery hehhe... bayangkan dengan rutin seharian saya macam ni, dengan tidur tak cukupnya.. boleh pengsan kalau tak kuat daya tahan badan ni. Alhamdulillah bila saya amalkan pengambilan supplement Shaklee, badan tak rasa letih.. anggota badan tak rasa lenguh.. takde tekanan... life jadi happy je. Lebih-lebih lagi bila tengok anak sihat dan ceria.. Paling penting banyakkan minum air masak, makan secara teratur dan konsisten pengambilan supplement. 

Ni dah nak puasa, saya dah bersedia dengan 3 jenis minuman Shaklee. Menyusukan bayi, perlukan air yang banyak di dalam badan. Puasa ni siang hari kompem la tak boleh nak minumkan.. hehehe so, persediaan saya adalah ESP, PD dan Meal Shakes. ESP bagi tenaga, PD untuk elakkan dehidrasi dalam badan, Meal Shakes sebagai makanan tambahan dan makan segera rendah lemak yang mengandungi 19 jenis vitamin utama yang badan kita perlukan.. Ini pengalaman pertama saya berpuasa sambil menyusukan bayi, moga dipermudahkan..

Monday 2 July 2012

KHASIAT SUSU IBU

Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
 
Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
 
i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
 
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
 
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
 
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
 
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

 
Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.
 
Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.
 
Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.

Sharing is Caring